Bahan A:
7 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar minyak jagung
* Dihiris nipis
Bahan B:
4 Pot Beras Basmathi
1/2 cawan susu cair
5 tangkai daun selasih (ambil daunnya sahaja)
Air
Kismis
Secubit garam
Cara Membuat:
1. Tumis bahan A dengan minyak jagung hingga naik bau.
2. Beras yang telah dibasuh dan ditoskan, digaulkan dengan bahan tumisan.
3. Tanak nasi seperti biasa dan masukkan susu cair, air dan sebahagian daun selasih.
4. Tambahkan sedikit garam dan gula sebagai perasa.
5. Jangan dibuka penutup periuk sehingga nasi masak.
6. Setelah nasi masak, seregh (kacau) nasi dan campurkan kismis dan sebahagian lagi daun selasih tersebut.
Selamat Mencuba :)
Resepi asal oleh: Rauah Shamsuddin
No comments:
Post a Comment