Ketika ini masih dalam mood hari raya, jadi masih sempatlah untuk ucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua pembaca dan peminat blog ini. Ada peminat ke? Kot penulis syok sendiri je hihihi....
Asalnya ke pasar Datuk Keramat pagi tadi nak mencari jantung pisang sebab nak masak gulai jantung pisang dengan daging salai. Peh... macam sedap je... tapi agak terkejut, langsung tak jumpa. Mood nak masak lauk terus terbantut.
Nampak pula daun pandan, terlintas di fikiran, nak masak sejenis kuih yang ringkas...
Nampak pula daun pandan, terlintas di fikiran, nak masak sejenis kuih yang ringkas...
Resepi ini ringkas dan sesuai dijadikan juadah minum petang dan sebagai juadah berbuka puasa, kepada yang sedang buat puasa sunat tu ya...
Arjuna Beta komen setelah merasa kuih ini, "senang je buat kuih ni, kan, yah?"
"Emmm... senang je, kenyit mata pun siap. Jangan pejam mata sudahlah... tak nampak nanti..."
Nama juadah ini bubur som-som tetapi ada juga yang namakan kuih som-som. Saya memilih nama kuih som-som sebab penyediaan dan bentuk/rupanya lebih kepada kuih berbanding bubur hahaha...
Kacau tanpa henti dengan api sederhana hingga agak pekat
dan meletup-letup sedikit
Masak hingga mendidih dan pekat
Siap untuk di hidang
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
500gm santan kelapa
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Air
Cara Membuat:
1. Gaul tepung, santan dan air sehingga sekata. Campuran santan dan air jadikan 7 cawan.
2. Tapis agar tiada yang berketul dan pindahkan ke periuk/kuali
3. Masukkan daun pandan dan garam. Masak dengan api yang sederhana.
4. Kacau tanpa henti hingga pekat dan meletup-letup.
5. Alihkan ke bekas atau loyang dan sejukkan ke dalam peti sejuk
Sirap Gula Kabung
1 batang gula kabung/melaka (boleh juga guna gula merah)
2 sudu gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih dan pekat
2. Siap untuk dihidang bersama kuih yang telah sejuk tadi.
Selamat Mencuba :)
Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih :) :)
No comments:
Post a Comment