Ketika mengira-ngira nak masak apa hari ini, kaki telahpun melangkah ke Tesco Ampang untuk meninjau-ninjau bahan mentah untuk dijadikan lauk. Terpandang longgokkan daging kambing, lalu terdetik dihati, apa kata masak sup kambing hari ini. Dapatlah satu lauk.
Kemudian menoleh-noleh ke arah ikan yang pelbagai jenis, lalu terpandang dan terfikir-fikir, kalau masak Ikan Gerut Sambal Daun Selasih bagus juga ni... Makanya, dapatlah 2 jenis lauk untuk hari ini.
Bahan-Bahan:
Bahan A:
500gm daging kambing
200gm cendawan enoki
1 bungkus sup bunjut
2 biji kentang (dibelah 4 bahagian)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji tomato (dibelah 4 bahagian)
2 batang daun sup (dihiris)
2 sudu minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh)
2.5 liter air
Garam secukup rasa
Bahan B:
5 biji bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dihiris)
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga naik bau.
2. Masukkan air, sup bunjut dan daging kambing. Tunggu hingga daging empuk.
3. Kemudian masukkan kentang, cendawan enoki, cili merah, cili hijau dan tomato.
4. Setelah kentang empuk, masukkan garam dan daun sup. Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba :)
Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih :) :)
Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih :) :)
No comments:
Post a Comment