Pages

Emping Padi Muda

Ketika di Kangar minggu lepas kerana memberi kursus motivasi kepada usahawan-usahawan Valcambi Malaysia Sdn Bhd, bagi kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Thailand, di sebelah petangnya berkesempatan untuk ke Padang Besar.

Sambil berjalan-jalan, sempat singgah untuk membeli beberapa bungkus kudapan, terpandang pula emping.  Memang suka makan emping ini sejak kecil lagi.  Tapi sukar untuk mendapatkannya di Kuala Lumpur. 

Malam tadi baru bersempatan untuk makan emping ini.


Bahan-Bahan:

1 bungkus emping
4 sudu gula pasir
2 sudu gula merah (hirisan gula kabung/gula Melaka lebih sedap)
Sedikit kelapa parut
Secubit garam

Cara Membuat:

1.  Basuh emping dan rendam dalam air panas selama 2 minit. Toskan.
2.  Gaulkan gula pasir, gula kabung, kelapa parut dan garam.
3.  Masukkan emping. Gaul dan sedia untuk di makan.


* Untuk dapatkan rasa yang rangup, tambahkan emping mentah sebelum digaul.


Selamat Mencuba :)


Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih  :)  :)

No comments:

Post a Comment