Pages

Daging Dendeng

Sebenarnya hari ini tidak ada plan untuk memasak. Sebab badan terasa letih, ada perkara lain yang hendak dibuat hari ini dan tiada idea untuk memasak.
 
Tapi ketika minum berseorangan di Restoran NZ, Wangsa Maju pagi ini, teringat-ingat resepi Daging Dendeng yang Joe Pinto post ke Whatsapp Group malam tadi.  Ahh... masakan Joe ni menggamit hati lah pulak...
 
Lantas ke Giant Taman Permata untuk membeli daging.  Bila minat muncul, letih pun hilang, hal lain entah ke mana dan idea timbul dengan sendirinya.  Akhirnya, ke dapur jua lah destinasinya....

Kalau ikut resepi asal yang Joe beri, simple saja.  Tapi bila nak memasak, macam-macam idea timbul untuk gubah sana dan sini. Sorry, Joe... hihihi...
 


Daging yang telah direbus, hendaklah dihiris dan ditumbuk

Antara bahan perap:
Kicap manis, kicap masin, sos tiram dan jintan
 

Perap selama 30 minit hingga 1 jam


 Daging dan kentang yang telah digoreng.
 

Bahan tumisan:
Bawang merah, bawang putih dan halia


Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan masak cili kisar,
Setelah cili masak, tambah air rebusan daging.
Kacau hingga hampir kering.

Masukkan daging, kentang, gula dan garam

 

Masukkan cili merah dan bawang

Siap untuk dihidang


Bahan-Bahan:
 
500gm daging
4 sudu kicap manis
4 sudu kicap masin
3 sudu sos tiram
1 sudu jintan
2 biji kentang (jika mahu)
4 sudu cili yang telah dikisar
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris halusr)
4 biji bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Air rebusan daging
Minyak Masak untuk menumis dan menggoreng
 
Cara Membuat:
 
1.  Rebus daging hingga empuk, hiris dan tumbuk.
2.  Campurkan bersama kicap manis, kicap masin, sos tiram dan jintan.
3.  Perapkan selama 30 minit hingga 1 jam. Goreng daging dan ketepikan.
4.  Goreng kentang dan ketepikan.
5.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
6.  Masukkan cili kisar dan kacau hingga masak. Masukkan 2 senduk air rebusan daging tadi.
7.  Masukkan daging dan kacau selama 3 minit.
8.  Masukkan kentang, garam dan gula.  
9.  Masukkan cili merah dan bawang.  Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidang.
 
 
Selamat Mencuba  :)
 
  
Sumbangan : Joe Pinto
 
Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih  :)  :)

 
 
 

No comments:

Post a Comment