Sejak kecil lagi, memang selalu makan sayur bayam merah. Pernah bertanya pada emak, kenapa kuahnya berwarna merah? Sayur lain, tak merah pun?
Kata emak, ia mungkin berkaitan kisah dongeng tentang Raja Bersiong yang makan bayam berdarah. Kisah yang agak menarik semasa zaman kanak-kanak.. :)
Hari ini, buat pertama kalinya, cuba untuk masak Bayam Merah Tumis Air. Biasanya, bila isteri masak, ia menjadi kegemaran anak-anak. Hari ini, biar ayah yang masak pulak. Kemudian, tunggu komen anak-anak dan emaknya pula. :)
Bahan-bahan :
1 ikat bayam merah
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dipotong)
1 biji lobak (dipotong)
3 tongkol jagung muda (dipotong)
Sedikit sos tiram
1 biji lobak (dipotong)
3 tongkol jagung muda (dipotong)
Sedikit sos tiram
Segenggam udang (dibuang kulit)
Minyak masak
Minyak masak
Air
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Rendam bayam seketika untuk buang kotorannya. Kemudian bersihkan, potong batang yang keras, asingkan daunnya dan toskan.
2. Panaskan minyak untuk menumis dan goreng udang sehingga separuh masak.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris dan kacau hingga naik bau.
4. Masukkan batang bayam dan lobak merah. Kacau hingga separuh lembut.
5. Kemudian masukkan jagung muda dan cili. Gaulkan.
6. Masukkan air (jangan banyak hingga hilang rasa sayur), sos tiram dan garam.
6. Setelah air mendidih, masukkan sayur, kacau dan sebatikan. Kemudian angkat dan hidangkan.
Selamat Mencuba :)

Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih :) :)
No comments:
Post a Comment