Pages

Petai Jeruk

Arjuna Beta kata, "Petai jeruk ayah sedaplah..."

Tanya dia semula, "Orang lain buat tak sedap ke?

Dia jawab, "Tak tahulah sebab tak rasa lagi..."

Kwang... Kwang... Kwang...

Tiga hari lalu ketika balik dari menghadiri kenduri kahwin di Kampar, sempat singgah di Bidor untuk membeli petai.  Keesokannya, dapatlah masak Sambal Ikan Bilis Petai.  Sedapnya.... hihihi..  Tapi masih ada banyak petai yang berbaki lagi. 
 
Potong ikut saiz periuk.
Potong tepi juga untuk mudahkan picit biji petai keluar.
Apa lagi, buat petai jeruk lah....  Terus ke dapur, potong petai pendek-pendek, manakala bahagian tepi petai juga dipotong untuk mudahkan keluarkan biji-biji petai setelah direbus nanti.  Masukkan ke dalam periuk, isikan air dan rebus petai itu.
 

Rebus hingga layu.

 

Buang air panas dan gantikan dengan air biasa
untuk sejukkan petai bagi mudahkan proses keluarkan isinya.
 
Masukkan ke dalam botol yang telah berisi air dan garam.


Tambahkan cili api jika mahu rasa pedas.

 
Untuk berikan rasa pedas sedikit, tambahkan beberapa biji cili api dan masukkan ke dalam botol semasa menjeruk petai itu.  Kemudian simpan 3 hari di dalam peti sejuk dan selepas itu, bolehlah makan.  Mudah saja, kan.... Jom cuba resepi ini..

Siap untuk di simpan ke dalam peti sejuk.
 
Bahan-Bahan:

Beberapa papan petai
Beberapa biji cili api
Air
Garam secukupnya
Botol

Cara Membuat:

1.  Rebus petai bersama kulitnya hingga mendidih atau sehingga petai kelihatan layu.
2.  Buang air rebusan dan masukkan air baru agar cepat sejuk bagi keluarkan petai dari kulitnya.
3.  Cuci biji petai dan masukkan ke dalam botol yang telah berisi air dan garam.
4.  Masukkan cili api dan tutup botol.
5.  Simpan di dalam peti sejuk selama 3 - 4 hari.
6.  Sedia dimakan bersama nasi panas atau boleh ditambah dalam masakan.


Selamat Mencuba  :)


Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih  :)  :)

 

No comments:

Post a Comment