Ketika memilih bahan-bahan untuk memasak sayuran, terpandang cendawan enoki, lantas teringat kawan lama, Saido San, seorang Melayu yang pernah bekerja di negara matahari terbit, Jepun. Beliau gemar dengan masakan cendawan enoki. Yang lebih menarik, harga yang ditawarkan pula agak luar biasa murah, iaitu RM0.22 sepeket 100gm. Mungkin harga murah kerana telah menghampiri tarikh luput, kot. Tiada masalah, kerana masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan.
Kemudian, ambil sepeket sprout disebelahnya, lalu berkira-kira untuk goreng sahaja. Seperti biasa, ia menjadi makanan kegemaran Iqmal juga. Anak yang menjadi sumber inspirasi ketika di dapur kerana apa saja yang ayahnya masak, dia tetap akan kata sedap. :)
Bahan-Bahan:
200 gm Sprout
200gm Cendawan Enoki
4 biji Bawang kecil (dihiris harus)
4 biji Bawang putih (dihiris halus)
12 ekor udang saiz sederhana
1 kepingTauhu (dipotong dadu)
1 keping kek ikan (fish cake)
2 biji Tomato (dibelah 2)
1 batang Karot (dipotong memanjang)
1 biji Cili merah (dipotong bulat)
1 sudu kecil sos ikan
1/4 cawan air
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan goring tauhu dan kek ikan. Ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak menggoreng untuk menumis bawang kecil dan bawang putih.
3. Masukkan udang, sos ikan, garam dan air.
4. Masukkan sprout, cendawan enoki dan karot. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan tauhu, kek ikan, tomato dan cili merah. Gaulkan dan tutup api.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba :)
Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih :) :)
No comments:
Post a Comment