Pages

Taugeh Goreng Kicap

 
Masih teringat-ingat masakan ini, yang jarang dapat dimakan ketika kecil.  Selalunya emak masak taugeh saiz kecil sahaja. Tapi, sesekali, bila terjumpa dan dapat makan taugeh besar ini, hati selalu girang.  Alhamdulilah, sekarang tak perlu 'terjumpa' lagi, jika teringin, hanya perlu beli bahan-bahannya dan masak sendiri di rumah. :)
 
Nak masak menu ini mudah saja sebenarnya.  Idea timbul apabila seorang sahabat lama, Jaybob, memaparkan gambar taugeh goring di whatsapp, lalu terpanggil untuk masak dan kongsikan di sini.  Terima kasih, sahabat.

Bahan-Bahan:

400gm taugeh kasar (basuh dan toskan)
12 ekor udang sederhana (buang kulit)
1 batang karot (dihiris)
2 keping tauhu (potong beberapa bahagian dan goreng)
5 helai daun kucai (potong kecil)
2 biji tomato (potong 4 bahagian)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sudu sos ikan
4 biji bawang kecil (dihiris)
2 biji bawang putih (diketuk)
1/2 cawan air
kicap secukup rasa
garam secukup rasa
minyak masak

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang kecil dan bawang putih hingga naik baunya.
2.  Masukkan udang dan kacau rata. Tambahkan air, kicap dan sos ikan.
3.  Masukkan taugeh, karot, tauhu, daun kucai, tomato, cili dan garam.
4.  Gaul hingga masak dan siap untuk dihidang.


Selamat Mencuba  :)

Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih  :)  :)



No comments:

Post a Comment