Pages

Sagun

Gara-gara kawan-kawan bercerita tentang sagun di whatsapp group hinggakan ramai yang teringin nak makan sagun, terasa pula nak buat sagun ni... 

Ia adalah antara makanan ringan yang popular di zaman kanak-kanak dahulu.  Kalau makan sagun, tak boleh bersembang, nanti menyembur... Tapi ada ketika-ketika yang kita akan sengaja menyemburkan sagun kepada kawan-kawan... hahaha.... ahh... zaman kanak-kanak, penuh nostalgia....

Nak buat tidaklah susah cuma semasa proses mengacau kelapa dan tepung didalam kuali perlu gunakan api kecil dan kacau tanpa henti agar ia tidak hangus. 

Seperti biasa, bila sudah siap, minta Arjuna Beta jadi 'food tester' dan macam biasa.... "ayah masak sedap lah".  Hilang penat memasak. 

Cuma kali ini ada komen tambahan... "kalau jual, laku ni, yah..."

Kataku dalam hati, "Ohhh... semangat keusahawanan telah tumbuh di jiwanya."

Senyum... tak perlu kata apa-apa  :)  :)

Bahan-Bahannya

Kelapa di sangai (goreng tanpa minyak) hingga masak
(jangan hingga jadi kuning/perang sangat). Angkat dan ketepikan.

 
Sangai tepung beras, tepung pulut, garam dan daun pandan hingga masak
(dalam 10 minit ke 15 minit). 
 

Masukkan kelapa di gaul hingga sebati.  Matikan api.
Keluarkan daun pandan.  Masukkan gula dan gaul.
 
Siap untuk dihidang dan boleh pek untuk jualan juga  :)
 
Bahan-Bahan:
 
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
1 biji kelapa parut (ambil putihnya saja)
3/4 cawan gula
2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara Membuat:

1.  Panaskan kuali dan masak kelapa hingga kering. Kacau tanpa henti supaya tidak hangus. Ketepikan.
2.  Panaskan kuali dan masukkan tepung beras, tepung pulut, garam dan daun pandan. Gaul dan kacau hingga agak kering.
3.  Masukkan kelapa dan kacau hingga sebati.
4.  Tutup api dan campurkan gula. Gaul dan sebatikan.
5.  Angkat dan siap!!


Selamat Mencuba  :)


Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih  :)  :)

8 comments: